Thursday, April 28, 2011

I wish...

Saya berharap...

Semoga saya dapat hidup tanpa kemewahan dan sentiasa mengabdikan diri kepada-Nya kerana apalah yang ada dengan kemewahan dunia melainkan kelalaian, kesesatan, kerisauan, keraguan, kesedihan hati dan kekacauan jiwa.

Saya berharap...

Semoga saya benar-benar dapat menyempurnakan sebab penciptaan saya di dunia ini dan bukan hanya memenuhi keinginan nafsu sahaja pada setiap masa dan ketika.

Saya berharap...

Semoga Islam benar-benar bersinar terang, bergemerlapan indah di seluruh pelosok dunia ini semula sebagaimana ianya pernah hidup, bersinar dan bergemerlapan di dunia ini di zaman Rasulullah SAW, para khalifah dan para sahabat baginda. Amin.

Saya berharap...

Kalau bukan saya yang menghidupkan agama Islam ini semula, semoga saya dapat melahirkan generasi cerdik pandai, soleh dan solehah yang dicinta olehNya suatu masa nanti.

Saya berharap...

Semoga sahabat-sahabat saya dapat mengenaliNya, bagaimana indahnya rasa itu, semoga mereka juga dapat merasainya sehingga menitis air mata mereka kerana merindui Tuhan mereka. 

Tetapi sayalah insan yang paling lemah imannya, kerana saya tidak pandai untuk berdakwah dan mengajak sahabat-sahabatku untuk meninggalkan keburukan dan kembali kepadaNya. Maafkan daku wahai sahabat.

Ya Tuhan, sungguh aku adalah insan yang lemah. Sungguh, Engkau telah memberi kepadaku hidayah-Mu. Alangkah ruginya diri ini, jika aku mempersia-siakannya sahaja. Maafkan daku wahai Tuhanku. Sungguh, aku berterima kasih atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepadaku. Bermula dari penciptaan daku, hidupnya aku setelah tidur lenaku, di mana setiap masa Engkau tidak pernah leka terhadap apa yang aku lakukan, malah Engkaulah Yang Maha MEngetahui segala keburukan dan kejahatan daku tetapi masih Maha Mengasihani aku.

Wahai Tuhanku, sangat indah jika aku dapat bertemu dah hidup pada zaman kekasihMu, insan yang aku rindui, kerana dengan itu, aku pasti terhindar dari segala keburukan yang telah aku lakukan ini. Wahai Tuhanku, sampaikanlah selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah SAW, nabi yang sangat penyayang kepada umatnya walaupun pabila nyawa baginda sudah berada di kerongkongan. Katakanlah, bahawasanya aku sangat merinduinya...

Wahai Tuhanku, kuatkanlah diriku untuk terus berjuang di muka bumiMu ini. Peliharalah aku daripada segala keburukan dan kejahatan dunia ini. Dunia ini sungguh, penuh dengan penipuan dan dusta. Maafkan daku, maafkan daku wahai Tuhanku. Semoga kau hindarilah aku daripada sifat-sifat mazmumah seperti riak dan takabbur dan semoga aku ikhlas melakukan segalanya hanya keranaMu wahai Tuhanku...Maafkan daku...



Semoga aku dapat mengekalkan imanku ini...amin..

No comments: