Sejak kebelakangan ni, aku asyik memikirkan masa depan saja. Tak tahu kenapa. Bagaimana aku terleka dan terlalai sebentar sahaja, ianya mungkin akan mengubah masa hadapan ku buat selama-lamanya. Aku terlepas untuk cek temuduga hari itu. Sungguh aku sangat risau akan hal itu. Tetapi hal yang telah berlalu tidak dapat dikembalikan lagi. Semuanya salahku tapi aku juga tak mampu buat apa-apa buat masa ini.
Kebelakangan ini asyik terfikir, ke mana langakah aku selepas ini. Memang, dalam diriku ini telah aku tanam sekian lama untuk menjadi seorang doktor apabila besar kelak. Dan, aku tidak pernah berhenti atau meyerah walaupun kadang-kadang aku kalah. Aku tetap bangun dan berusaha kembali. Kadang-kadang aku berjaya tetapi kebanyakan masa aku 'close to the success'. Aku sedar, semuanya atas kelalaian aku sendiri, perasaan malas aku sendiri dan masalah diriku sendiri yang tidak pernah mencuba sedaya upaya aku, tidak dapat memberikan yang terbaik terhadap apa yang aku lakukan. Tetapi segala usaha yang telah aku lakukan selama ni, aku tidak pula merasakan ianya sia-sia.
Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.
Surah Ar-Ra’d (ayat 11)
Maknanya, semuanya atas usaha kita sendiri. Yang paling bagi diriku bahawa Allah tidak pernah melihat kepada hasil tetapi Dia melihat pada usaha kita, sebanyak mana kita berusaha untuk berjaya. Tengoklah, betapa Dia Maha Mengetahui. Kalaulah Allah melihat pada hasil sahaja, cuba bayangkan, manusia pasti akan melakukan apa sahaja untuk memperoleh hasil yang terbaik, menipu, merasuah, merosakkan malah memusnahkan. Betapa bijaknya Tuhan kita, Maha Pencipta.
Tiba-tiba, aku diserang perasaan ragu-ragu. Mampukah aku atau layakkah aku untuk mencapai cita-citaku. Setakat mana yang aku lihat, doktor-doktor yang aku kenal semuanya berjaya dengan menjadi yang terbaik. Maksudku, dia menjadi yang terbaik, mendapat pencapaian yang cemerlang, maksimum. Bermakna kalau 10 matapelajaran yang dia ambil di dalam SPM, maka 10 A1 atau 10 A la yang dia akan dapat. Dan jika dia memasuki kolej, maka 4.0 flat lah yang dia dapat. U see, they got the best. Maka tidak hairanlah dia menjadi seorang doktor sekarang.
Berbeza dengan diriku, aku tidak sebegitu. Aku jadi ragu-ragu dan kurang keyakinan seketika. Selama ini dalam kotak fikiranku, aku hanya nampak baju putih yang menyarungi badanku dan stethoscope yang mengelilingi leherku. Hanya itu, setiap masa dan ketika, hanya itu yang aku tahu. Aku terlalu yakin dnegan diriku, keyakinan itu tidak salah cuma aku tak pula mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaanku. Bagaimana aku hanya punya fikiran yang begitu, bagaimana jikalau aku tidak dapat mencapai cita-citaku? Ke mana arahku selepas itu? Ye, itulah yang aku fikirkan baru-baru ini.
Ke manakah langkahku selepas itu?
No comments:
Post a Comment