Sunday, July 17, 2011

Aku ni jahat sangat ke? And cerita tentang tawaran...

Assalamualaikum.

Hmm, terkadang tu terasa pula macam orang di sekelilingku tidak suka akan aku. Mungkin tu la masalahnya bila terlalu kerap sangat online facebook sampai terfikir yang bukan-bukan sudah. Kadang-kadang tersedar juga diri ini tidak sempurna. Yela kan, seperti di entry-entry lepas aku sudah ceritakan donk yang aku ni seorang yang pendiam, tak banyak cakap. This is me people. Maybe that's why la I don't get so much friends around me and that's why I really appreciate all of friends who came to me and just accept me as who I am.

Sometimes, aku terfikir juga. Apalah yang menyebabkan kawan-kawan ku menerima aku sebagai kawan mereka? Apalah yang ada pada diri aku ni....Tengok da mula da, the-unconfident-me. Nak kata humble kang, entahla..Tidak layak untuk aku menilai diri aku sendiri.

Tape2, I believe despite that I don't get much people to like me but there's somewhere somehow where people do like me but it's just that I don't know.

Just let it go first. I would like to write about the offering that I got. On 15th July 2011 (Friday), I got an offer from UniSZA to further my study in Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery (abbrv. MBBS). Alhamdulilllah, kalau ada ucapan yang lebih tinggi daripada ucapan syukur itu sudah tentu aku ucapkan. Sangat bersyukur with what Allah gave me.

 This is the U's that I'm talking about.


The official webisite:
http://www.unisza.edu.my/

And I'm under this faculty :
 http://www.fpsk.udm.edu.my/

Well, believe me people. I do feel sooo happy about it especially when this is the first time I made my mum cried in happiness ever in my whole life. I don't know la my mum pernah cry for me before this without my acknowledegement but this happened in front of my eyes, people! I just don't know what to do at first and then I decided to hug her. She's so tough before that I will never imagine to see her cry in front of me. T_T I do feel want to cry now. Siapalah aku tanpa ibu dan ayahku. Terima kasih ibu kerana banyak memberi nana semangat dan kiriman doa sepanjang perjuangan nana dulu di matrik. I love you always and forever! <3

My father pula, I don't know la because when I told my mum about that offer, she just rushed to the upstairs of my house, screamed and told him outside the bathroom where my father had a bath. Maybe he do cried for me, who knows, right? hehe. Thank you to abah too for his doa and support all the time. I love you too, abah! Always.. <3

Back to the story,

Despite of all the happiness, at the same time, only He knows of how much I feel afraid. First of all when I decided to take medic (my choice after dentistry), I just feel excited. To be honest, I never know that I can get medic where my first to third's choice at the permohonan kemasukan ke IPTA  is only dentistry. I wish at that time I can put all course in dentistry from 1-8 but only that three I can find. I really feel confident I will get it.

All of you must be wondering why I choose dentistry when once upon a time I was the one who was too eager to be a doctor. It's truly what I think is good but after a while, I think I rather choose dentistry  because of the problem with my future's time and my life's management. I'm afraid I don't have much time for myself where else to be a dentist, you'll need to work on office-hour only.

Tiada siapa yang dapat mengetahui takdir masing-masing kan kecuali Allah. Allah gave me this so deep inside of me I do believe that I can do it! I just need to cope with all of the obstacles that I'll be face at the university and I really hope for Allah's keredhaan. I will never go this far without Allah by my side too. Believe me, I never had a courage to be like this without Allah. I just hope that ini bukanlah satu istidraj yang Allah turunkan kepada aku disebabkan atas segala dosa-dosa yang telah aku lakukan. Semoga ini benar-benar apa yang Dia inginkan bagiku untuk aku kembali dekat dengan-Nya.

Aku menulis ini bukan kerana aku tidak bersyukur dengan apa yang aku dapat. Of course, aku sangat sangat sangat bersyukur. I already accept the offer and it's just the matter of time until I finally will get there and starting my new life as Uni's student.

Bila mengenang terhadap setakat apa yang telah aku dapat sekarang, aku tiba-tiba teringat kisah lama aku di mana pada mulanya aku mendapat 8A's in my SPM and aku dengan penuh yakinnya meminta course medic di IPT walaupun dengan result begitu aku tahu aku tidak akan berpeluang untuk memperolehnya. Gila apa nak ambil budak 8A untuk medic? Well, of course la IPT tu tak gila. Diorang tidak sesekali meng'offer' aku dengan apa yang aku minta tu.

And what I got is only an offered from Kolej Matrikulasi Pahang. Yeah, itu sahaja offer yang paling gempak yang aku dapat. Yang dari kolej-kolej swasta ada la juga, all of it for Diploma in Nursing. Teringat pula bila kecil-kecil dulu ada juga letak cita-cita dalam kad kuning tu mahu jadi Nurse tetapi lama kelamaan bila da besar, dengan berlagak sombongnya tak mahu da nak jadi nurse nak jadi doktor jee, or doktor gigi ke.. ~~hahha. Macam itulah budak-budak yang terpengaruh. Tapi aku tak ingat aku terpengaruh dengan siapa dulu untuk letak cita-cita macam tu. Nak jadi askar pun ada taw! ~~hahaha..

 My old place where I pursued my study. I'm soo gonna miss it!

Hah! Suka sangat lari dari cerita asal kan. So, aku pun dengan nak tak nak terimalah tawaran tu. Habis tu nak pursue study kat mana lagi kau? Suatu masa dahulu, aku pun terasa, "Ape kes matrik? tak kelas ar. Orang nak masuk U". Yes, kes terpengaruh lagi (and sekali lagi tak tahu terpengaruh dari siapa). Rupanya, di matrik la aku dapat kenal erti sebenar perjuangan, hidup sorang-sorang and how to survive alone. I will tell you that, you will never regret it if you choose to go there. Dan ingat point ni, DI SITULAH DI MANA ANDA BOLEH MEMBALAS SEGALA KEGERAMAN ANDA KERANA KETIDAKCEMERLANGAN KETIKA SPM. Yeah, that's the truth. Tak rugi masuk matrik ni terutamanya bila result kita tak gempakz sangat time SPM. Dan untuk capai kecemerlangan di matrik tu juga, perlulah start a new chapter ye dan usaha betul-betul. Janganlah biarkan segala keburukan yang kita lakukan semasa sebelum SPM tu berulang lagi. Kalau anda betul-betul mahu berjaya, then do your hardest! And don't forget to enjoy our life too kat sane!

Selepas habis matrik (which I'm gonna miss it), dan selepas sudah tau result PNGK, aku cubalah semula untuk memilih course-course gempakz yang tadi kan. But kali ini rendah sikit, tiba-tiba tak confident pula nak ambil medic so aku letak la dentist on top. Tak sangka pula dapat yang bawah-bawah. Syukur. Aku dapat semula apa yang aku nakkan dan aku rasa tak menyesal masuk matrik dulu and try my hardest there! Yeay! In addition, it's just one year tak de la membaziaq 3 tahun untuk diploma. Gee. Ambil asasi pun okay juga setahun tetapi I don't know much futher information about it. Sorryyy.. :D

Tadi pula sedang my mum senyap je melihat tv rupanya dia berangan. Dia datang kepada aku dan berkata sambil tergelak kecil, "Hahahah~, dalam pada itu tak sangka juga anak mak yang ni dulu time darjah satu menyorok bawah meja boleh jadi doktor."

Aku pun tersenyum. Yea, memang sewaktu darjah satu dulu aku ada 'fobia ke sekolah'. Tak boleh tak boleh, sangat takut untuk ke sekolah sedangkan dalam masa yang sama kawan-kawanku yang lain seronok ke sekolah. Aku seorang sahaja yang beperangai pelik seperti ini dalam keluargaku. Bila difikirkan kembali, kesian my mum. Dia adalah seorang yang bekerja in office dulu and she had to accompanied me everyday at school. Dia akan duduk di luar kelas aku. Aku pula memang duduk sebelah tingkap (which I don't know whether memang cikgu tu terpaksa meletakkan aku di situ untuk memujuk dan memudahkan aku untuk memastikan ibuku sentiasa di luar ataupun memang sudah kebetulan dapat duduk di situ). Yes, pada setiap detik dan ketika aku akan menelek ibuku di luar dan sampailah suatu ketika di mana ibuku hilang dari pandanganku. Aku pun menangis la ape lagi dan menyorok bawah meja tak nak keluar. hahaha. Teruk betul kan. Well, FYI bukan aku seorang je macam ni. Yeahhh, my best friend too which sekolah kat tempat yang sama buat perangai macam ni juga. hahaha. Tak sangka pula hang pun begitu kan Tini kan..hahaha.

Bila aku tanya ibuku, dia tak malu ke terpaksa teman aku macam tu. Dia kata aku bukan jenis yang merengek dan menangis kuat-kuat, it's just that aku mogok and duduk senyap-senyap je bawah meja tu. kah3. Nasib baikla kira aku baik gak dulu. Kalau tak malu mak, kan mak. hee...

 Thankfully, I'm not this bad. huhhu

Dulu waktu mula-mula masuk matrik, which is my first experience untuk berdikari I really wish I can brought my mum too tetapi disebabkan da besaw dan tak nak mendapat malu, aku pendam dalam dalam dalammm perasaan itu. Hahaha..

Semoga dipermudahkan segala urusanku. Kepada sesiapa yang accidently terbaca post ni, jangan lupa ye bila anda sudah sampai di tempat kediaman kolej/universiti anda, sila cuba cari masa untuk lakukan solat hajat 2 rakaat (atau lebih) dan mintalah semoga Allah berikan jalan yang termudah untuk anda sepanjang anda berada di universiti tersebut and so on. Insyaallah, Allah akan menolong anda dan memudahkan urusan anda.

Ramai di antara rakan-rakanku yang tidak mendapat course seperti apa yang mereka inginkan tetapi aku sangat percaya bahawa itulah yang terbaik untuk diri mereka yang Allah telah kurniakan kepada mereka. Allah itu lebih mengetahui akan kekurangan dan kelebihan diri kita lebih dari apa yang kita faham tentang diri kita sendiri. Aku hanya mampu menasihat mereka dan mendoakan supaya Allah tenangkan dan sabarkan diri mereka dan semoga mereka memperoleh petunjuk dari-Nya. Aku berharap mereka tidak berputus asa. Aku sangat berbangga dengan sahabat karibku Abby kerana menerima seadanya dan mahu meneruskan pengajiannya di USM. I'm proud of you, Abby!


Alhamdulillah, atas segala nikmat yang telah Allah berikan kepadaku walaupun aku punya banyak kekurangan dan kelemahan. Semoga aku berjaya hingga ke akhirnya dan semoga aku dapat berbakti untuk masyarakat amnya dan keluargaku juga khasnya. Sahabat yang ada membaca entry ini, aku berharap sangat semoga kalian dapat mendoakan aku di sana kelak. Aku juga tidak akan mampu berjaya tanpa kalian semua di sisiku. Especially to my best friends.

Perjuangan aku baru bermula. Aku tidak layak lagi untuk digelar doktor lagi bila mana aku masih belum menjejakkan kaki lagi di sana, masih belum memulakan kehidupan aku di sana dan juga masih belum memulakan pembelajaranku di sana. Siapa tahu apa yang akan berlaku pada masa akan datangkan. Sesungguhnya, aku hanya bertawakal kepada-Mu, Ya Allah.

p/s : Special to my siblings, kakngah, de, atih, bae and kak diana also, thanks a bunch for giving me all of your supports this whole time! I love u all very much! <3 <3 <3 thank you, thank you, thank you..

p/ss : Bila aku terjaga awal pagi 16 Julai 2011 (Sabtu), tiba-tiba aku berasa seolah-olah apa yang berlaku semalam hanya satu mimpi. Am I dreaming, people?

p/sss : Teringat pula embarrasing moments at Pangkor dulu. Well, wait for my next entry! :)

p/ssss : Last but not least, maaf, entry kali ini sangat panjang. hee :D

Thank you for reading this.

No comments: