[Hadis riwayat Bukhari]
Kesimpulannya, jikalau mahukan kasih sayang Allah, mahu Dia merahmati kita dan mencintai kita, maka lakukanlah apa yang Dia suka. Antaranya kita mestilah :
1) Solat pada waktunya
Lebih baik kalau kita tahu bila akan masuknya azan pada setiap waktu (Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak), supaya 15 minit atau lebih awal sebelum azan itu kita sudah bersedia untuk mula mengambil air sembahyang, memakai telekung (bagi wanita), dan duduk di atas sejadah. Dengan ini juga kita dapat mendengar (jika rumah dekat dengan masjid atau surau, ataupun melalui television) azan dan menghayatinya dengan lebih baik. Itu adalah antara amalan untuk mendapatkan khusyuk ketika solat juga (menghayati azan), cuba dengar dan hayati apa yang terkandung dalam setiap lafaz azan tersebut, anda pasti akan tersentuh.
Antara amalam-amalan untuk mendapatkan solat yang khusyuk yang boleh saya kongsikan adalah:
a) anda boleh melakukan solat sunat fardhu (sebelum dan selepas)
b) memahami niat solat fardhu
c) memahami dan menghayati ayat-ayat Al-Quran dan setiap lafaz-lafaz yang dibacakan di dalam solat (Mungkin ramai yang tahu mengenai hal ini tetapi masih sukar bagi mereka untuk melaksanakannya dengan pelbagai alasan dan masalah yang mereka sendiri timbulkan. Allah memberikan kepada kita pelbagai nikmat dan menyempurnakan hak kita tetapi kita sebagai hambaNya tidak pula sedemikian.)
d) membayangkan kaabah ada di hadapan kita dan malaikat Izrail di belakang kita yang bila-bila masa sahaja akan mencabut nyawa kita
2) Berbakti kepada kedua ibu bapa
Pelbagai jasa dan pengorbanan mereka terhadap kita yang tidak mungkin dapat kita balas. Oleh itu, di sepanjang hayat mereka kita seharusnya menghargai, menyayangi dan menjaga mereka dengan baik terutamanya ketika mereka sudah tua.

My parent is my everything.. I love both of them so much!
3) Berjihad di jalan Allah
Teringat saya, pernah kawan-kawan saya berkata apabila kita sudah melafazkan kalimah lailahaillallah, automatic kita adalah seorang pendakwah di jalan Allah. Kita semua adalah pendakwah, jangan menyalahkan para ustaz, ulama dan sebagainya sahaja atas segala kehancuran di dalam masyarakat pada hari ini malah di bahu kita telah tergalas tanggungjawab tersebut. Sedarlah wahai diriku dan sahabat...
Sekian.
p/s : Aku sangat menyayangi ibu bapaku tetapi aku tidak pandai untuk mengungkapkannya. Takut sahaja bila mereka telah tiada, barulah aku sedar bahawa aku telah terlambat untuk menyatakannya...
No comments:
Post a Comment