Alhamdulillah, ye pagi tadi hujan turun dengan lebatnya mengejutkan aku dari mimpi lena. haha. Hujan turun pada pagi hari yang bermakna buat diriku. Pukul 12.00 pagi semalam, my brothers and bestfriends wished through cellphone. Thank you guys! I really appreciate it so much! To my parents, family, and bestfriends.. ^^ Thank you!
Alhamdulillah, Allah telah cukupkan umur ku setahun lagi untuk aku terus hidup di dunia ini dan melaksanakan apa yang sepatutnya aku laksanakan. Allah masih bagi masa untuk diriku bertaubat. Bila tulis macam ini rasa terharu pula, bersyukur sangat kepada-Nya kerana menemukan aku lagi dengan bulan Ramadhan tahun ini bersama keluarga insyaallah walaupun aku bukanlah hamba yang baik buat diri-Nya. Dan insyaallah, aku akan beraya bersama keluarga pada tahun ini dan sekaligus dapat juga meneruskan pengajianku di universiti. By Allah's will.
Happy birthday to me!! ^^
beautiful kan? ^^
Well, I'm not hoping for any birthday party or present, but I just hope for some wish. haha. Pity me, no one want to wish me in facebook (except from my best friend, Tini). I know why actually, it's me who hide my DOB in facebook. hahaha. Like Tini said :
'Serve you right'
Padan muka dekat diri sendiri. hehe. Siapa suruh sorokkan, kan.. hahaha..
Okayla, di sini juga I want to say Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak tomorrow and Selamat Bertarawikh malam ni. Buat 23 tau korang! haha. 11 pun okay asalkan ikhlas, betul tak? Kalau buat banyak-banyak tak ikhlas pun Allah tak terima juga. :PPP Semoga kita mulakan Ramadhan dengan baik dan memperoleh rahmat dan hidayah Allah pada akhirnya Ramadhan ini. Insyaallah. Ni la masanya nak buat banyak-banyak amal ibadat sebab syaitan dah tak kacau!! Yeay!! Dekatkan diri dengan Allah semula. Insyaallah, Aminn..
p/s : Selamat Beribadah kawan-kawan!
p/ss : Kadang-kadang rasa elok juga berpuasa di perantauan (ceyhh perantauan konon) sebabnya tak de la bermanja sangat, makan pun tak sebanyak kat rumah, makan sikit-sikit pun da cukup. Kalau kat rumah, kenalah makan masakan mak, dah la banyak pula tu nanti jadi liat pula nak ke masjid. he3. Mummy, I love you! Tetapi kalau da homesick tu tak ya ceritalah, kalau boleh time tu juga nak terbang ke rumah! :D
No comments:
Post a Comment