Sewaktu aku kecil dulu, aku punya seorang sahabat. Aku panggil dia, Nabilah. Aku sangat rapat dengannya dan aku sangat cemburu jikalau dia rapat dengan orang lain, Tetapi setelah sekian lama, dia jadi rapat dengan kawannya yang lain, bernama Ajeerah. Aku sangat sangat sangat sedih setelah dia tidak lagi mahu bermain denganku dan lebih meluangkan masa dengan Ajeerah. Sampai suatu ketika, aku lepaskan Nabilah. Ya, aku tak sanggup berkongsi sahabat terutamanya bila aku tak berapa rapat dengan Ajeerah. Mula-mula tu, aku menganggap Ajeerah itu sebagai musuhku kerana telah mengambil Nabilah dari aku tetapi lama kelamaan aku sudah dapat menerima keadaan itu. Waktu itu, aku baru bersekolah tadika hingga darjah satu.
Menyusul selepas itu, aku mula mencari kawan yang baru tetapi tidak kekal lama. Sekejap datang dan lepas itu pergi. Aku rasa sehinggalah darjah enam aku tak punya kawan rapat. Bila aku kenang semula, memang aku ni jenis yang berdikari. Independent. Suka hidup seorang2. Which is a bad habit . But I still feel comfortable with it.
Masuk tingkatan satu, seperti perubahan mood ku juga, pelbagai perubahan dan keadaan yang aku alami. Dan kenangan yang paling terindah adalah bila aku dapat kenal dengan tiga orang kawan yang comel dan cantik. Aku tidaklah pula memilih dalam persahabatan tetapi ianya seakan takdir. Takdir yang menemukan dan menyatukan kami semua. Dan bermulalah persahabatan kami berempat. Dan kami punya nama lagi, seperti drama KAMI di Astro Ria dulu, kami pula NATA de Telemong. Aku pernah ceritakannya di entry lepas. Banyak kenangan manis yang tercipta bersama-sama, tak kurang juga yang menyedihkan. Antara kenangan yang paling aku ingat adalah pergi solat, mengumpat dan makan bersama-sama di kantin. Nasi lemak menu utama ketika di waktu pagi, murtabak maggi dan jus oren blended, makanan utama kami pada waktu petang sebelum ke kelas tambahan. Kami mula melalui kehidupan suka duka di sekolah, bersama-sama melangkah ke hadapan dan mencapai kejayaan.
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Maka berpisahlah kami ketika di tingkatan empat beralih ke sekolah baru. Dua di sini dan dua di sana. Selepas itu, dua di sini, satu di sana dan satu lagi di situ. Semakin jauh jarak tetapi alhamdulillah persahabatan tetap mesra seperti suatu ketika dahulu. Pertemuan yang baru pula dicipta, yang paling manis pernah aku rasa. Bagi aku dan dia, sekejap sahaja persahabatn itu terjalin. Mungkin kerana keserasian yang tercipta. Terlalu banyak kenangan yang telah tercipta sekali lagi di tempat yang baru, yang tak mungkin aku lupakan. Setiap kali ada sahaja modal mereka untuk membuat aku tergelak. Sentiasa akan aku ingat kenangan di kantin setelah habis sekolah. Saling usik-mengusik dan gelak sampai tak ingat orang lain memerhati di sekeliling. Too much to remeber which I kept it whether in my own old diary or only in the pictures. You see, sometimes one picture give so much memories to be remind.
Dan sekali lagi, yang bertemu pasti akan berpisah. Selepas tamat tingkatan lima, masing-masing mencari arah dan perjalanan sendiri. Tetapi seakan tidak mahu berpisah, setiap kali cuti semester atau apa-apa perayaan pasti ada sahaja pertemuan yang dirancang. Supaya persahabatn itu tidak menjadi debu-debu yang berterbangan semata-mata.
Masih kekalkah persahabatan ini, selepas 10 tahun akan datang?
Ingat lagi sahabat yang aku ceritakan tadi yang bernama Nabilah? 'Muka buku' pasti akan menemukan kita dengan siapa sahaja yang hilang setelah sekian lama dari kehidupan kita. Dan sekarang, aku kadang-kadang mempersoalkan diriku sendiri, benarkah aku pernah suatu masa dahulu bersahabat baik dengannya? Di mana kami sekarang tidak menyapa langsung satu sama lain dan seakan-akan tidak pernah ada suatu perkenalan antara kami dahulu.
Persahabatan seperti pisau juga, kalau tidak mengasahnya pasti akan berkarat. Kalau masing-masing mengambil keputusan untuk tidak mengendahkan dan tidak cuba untuk merapatkan persahabatn itu kembali, pasti ianya akan menjadi suatu kenangan manis pada masa lampau sahaja. Ya, begitulah nampaknya. Kadang-kadang inilah tujuan aku menulis, agar lebih nampak penyelesaiannya.
Aku pernah bertanya kepada ibuku tentang sahabat. Begini antara perbualanku dengan beliau :
Aku : Mak pernah ada kawan baik tak time sekolah dulu?
Ibu : Pernah.
Aku : Sekarang ni masih rapat lagi tak?
Ibu : Tak dah la. Masing-masing dah ada tanggungjawab kan. Da ada suami. Tak bolehlah nak rapat macam dulu da.
Aku : Macam kakngah la ye, kawan-kawan dia semua dah kahwin. Dah tak rapat macam dulu da.
Ibu : Ha, macam tu lah. Masing-masing dah berjauhan. Suatu masa nanti, adik kena terimalah kenyataan tu.
Sejak permulaan sebelum aku menjalin hubungan persahabatn lagi, spontan aku berharap semoga ianya akan berkekalan selama-lamanya! Sehinggalah aku mati bahkan bertemu di syurga juga di akhirat kelak. Persoalannya, adakah persahabatan yang kekal selama itu?
Apa yang dapat aku lihat sekarang, semakin jauh jarak memisahkan kita, semakin lama masa berputar, hubungan itu menjadi sekadar kenangan lama sahaja. Mungkin salah aku juga kerana tidak berusaha mengekalkannya seperti mana yang aku ingini. Bagi aku, untuk mencari seseornag yang sangat serasi denganku sangat payah. Disebabkan itulah, aku sangat menghargai setiap sahabat yang datang kepadaku.
Yok, sahabat! Kita bina semula persahabatan ini. Aku rindu ingin berborak denganmu lagi. Maafkan aku jika aku yang bersalah selama ni. Walauapapun orang lain mahu katakan, aku tetap mahu persahabatan yang terbina ini kekal selama-lamanya.

Sahabat karibku


Sahabat karibku
Ditujukan khas untuk sahabatku, Nurun, Abby, Tini, Uma, Khairul, Fong dan Ahza. Percayalah, aku tiada sahabat lain donk selain kamu semua.
Ditujukan juga untuk Wan, Rabit, Darsh, Thuba, Radhika, Iqbal, Jiah, Fit, Ruzi, Rina, Mellissa, Ain, Wilson, Zatul, Ikin, Qila, Akim, Mira, Tie, all my classmates 2005-2007 (MGS), 2008-2009 (TK) and 6H34 (Matrik). I love u all! <3





p/s : Terlalu banyak kenangan...rindunyee..
No comments:
Post a Comment