Friday, June 3, 2011

Padan muka, perasan lagi

Assalamualaikum.

Haha, sangat seronok mengenakan diri sendiri. Itulah akibatnya bile perasan lagi. Akhirnya, aku dapat tahu pemuda tersebut(yang selalu mengupdate status di facebooknya tentang cinta) sebenarnya sukakan gadis lain. Dan nasib baik juga akhirnya aku tahu juga kebenarannya. Gadis tersebut memang aku kenal sangatlah. Tidak mengapalah, mungkin sedekit terluka, kecewa dan sedih tetapi bukan itu yang aku cari dalam hidupku pada saat ini. Bukan itu, dan perasaan ini pun datang tanpa aku duga dan tanpa aku inginkan juga. Apa-apa pun, this is just like a new fresh start for me. Thank you Allah.

Ni baru je dugaan di matrikulasi tu, tempat belajar yang tak la sebesar mana. Macam mana la dugaannya semasa di universiti kelak. Berapa ramai lagi lelaki yang akan aku suka. Sebenarnya, semua ini pada aku adalah perkara biasa. Lumrah kehidupan manusia untuk menyukai watak atau keperibadian seseorang asalkan tidak tersasar daripada keindahan agama itu sendiri. Hopefully, aku pandai jaga diri nanti. Hanya kepada-Nya lah aku bermohon dan berserah diri.

Sebenarnya, aku punya niat untuk tidak berkahwin sekiranya aku sudah besar kelak tetapi tiba-tiba pula tadi terjumpa dengan hadis ni,

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Siapa yang suka kepada syariatku maka hendaklah ia mengikuti sunahku, sesungguhnya sebahagian daripada sunah itu ialah berkahwin." (Riwayat al-Baihaqi)

Disebabkan aku sayangkan nabiku dan aku mahu patuh akan sunnahnya jadi aku terpaksalah melupakan niat aku tersebut. Cuma apa yang aku seronok untuk mengatakan bahawasanya masanya belum tiba. Yela kan, aku perlu menumpukan perhatianku pada pelajaran dahulu.

Apa-apa pun, soal jodoh dan semua ni aku serahkan kepada Yang Maha Esa. Aku tak mahu langsung untuk memikirkan hal ni sebenarnya. Dan Dia pun lebih memahami aku. Bila sudah tiba masanya, dan jika dia dapat benar-benar untuk menyayangi aku dan aku juga yakin dengan dia kerana Allah, maka aku dengan senang hati menerima. Hanya kerana Allah dan kekasih-Nya. Aku bukanlah seorang yang memilih dan bila sampai seru-Nya nanti, Aku akan Terima Nikahnya.

 Cinta yang halal dan diredhai Allah itu nampak sangat indah bagi pendapatku.


Cinta, sebenarnya belum penah aku rasai. Bak kata sahabat karibku, 
  • sbnr nye pkataan cinta tu xpenah wujud pon dlm kapel
  • pasaan tu mungkin cme ase syg yg luar biase je
  • tp ble da kawin bru kte taw pe cinta tu
  • aq ase gtu la
     
IM facebook 28 Mac
(Miss Tini)

Aku tidak pernah ber'couple' tapi aku pernah bercinta, Ye, suatu masa dahulu, dan sebenarnya aku tak nak kenang pun. Mungkin sedikit sebanyak dapat menjadi iktibar buat diri aku sendiri. Apa-apa pun, kami berdua (aku dan Miss Tini) yakin bahawa cinta itu hanya diperoleh semasa sudah berkahwin nanti. Maknanya, kalaulah selama ni aku tetap dengan pendirianku untuk tidak mahu berkahwin, maka selama-lamanya jugalah aku tak kan merasai apa erti cinta tersebut. haha.

Tetapi sebenarnya bagiku, cukuplah cinta Allah di dalam hatiku. Hanya cinta itu yang paling indah, yang pernah aku rasai. Sebabnya, ia tidak menyakitkan malah memberi aku suatu ketenangan yang baru dan membahagiakan. Cinta Dia tak kan sekali-kali menyakitkan aku. Hanya cinta Dia lah yang paling indah bagiku. Tiada yang lain.


Walaupun aku tidak layak untuk cinta-Nya, tetapi inilah satu-satunya cinta yang aku tidak akan menarik diri dan berputus asa daripada memilikinya. Semoga, apa yang aku perkatakan ini disusuli dengan langkah dan tindakan yang sepatutnya juga. Insyaallah, amin...

Wassalam.

1 comment:

khairul anuar said...

haha....nice one..!!^_^