Thursday, August 18, 2011

Kisah hari ini



Dialog ketika aku sedang memasak bersama-sama dengan mak :

Aku : Mak, pedih la bawang... ~.~ (mata terkelip-kelip sambil berair..)
Mak : Bukan awak pun yang kupas. Mak yang kupas ni pun okay je. Ha tengok-tengok. Tak berair pun mata. Tula lain kali setiap petang kena kupas bawang. Bawang tu tak biasa dengan awak.
Aku : Mummy, bawang pun tak biasa dengan Nana..hahahahahaha..

Mak : Jomla berbuka dekat masjid hari ini..
Aku : Takk naakkk... (sambil buat muka sedih)
Mak : Ala, ni je la pun sekali ada peristiwa, pasni takde dah la nak buka kat masjid..
Aku : Tak moo...nanti nana segan makan kat sana. Ase macam ada orang pandang je..Nanti tak selera nak makan.
Mak : La, apenye orang nak pandang awak. Perasan je. Takde orang nak pandang awak, suap je makanan dalam mulut tu..
Aku : Tak moo.... (sambil mengemukakan beribu-ribu alasan)
Mak : Haaa yelahhh yelaahhh! Ups to u!
Aku : Hahahahaha..mummy speaking...UPS to u...hahaha..
Mak : HAHAHAHA..kalau nak marah tu keluar jugak..UPS TO U!
Aku dan mak : HAHAHAHHA!!

Selepas seketika,

Mak : Dah siap ke tumbuk tu? (Sambil bersiap-sedia nak masukkan bawang)
Aku : Mummy, mummy..belum lagi..Jap2.
Mak : Cukuplah tu..okay dah tu..
Aku : Belum mummy, biji lada belum lumat lagi...
Mak : (memasukkan terus bawang~)
Aku : Tapela, dah la nana buka sorang-sorang malam ni, mak pun bagi makan biji lada je..
Mak : HAHAHAHAHA..

Kesimpulannya, hari ini banyak gelak dengan mak. haha. Seronok-seronok.

Sunday, August 14, 2011

Secret admirer...

Assalamualaikum

Seronok kalau ada secret admirer bagi hadiah macam ini. ^^


Tajuk entry kali ini, secret admirer. Kenapa? Well, I believe that each one of us have their own secret admirer. Whether he/she is our closest friends, cousins, relatives, friends or people that we never knew who's he/she at all. Yeah, it's possible. So, hendaknya lah korang berasa gembira mendengar berita ini. Tetapi yang pasti janganlah terlalu bangga dan gembira okay. Ini pun cuma anggapan aku sahaja dan tanpa ada sebarang siasatan atau kajian yang lanjut. keh3.

Kadang-kadang seronok juga perasan ada secret admirer kan (walaupun in reality tak ada orang pun nak minat.. *sila tergelak kecil ). Tetapi lah, aku yakin bahawa ada seseorang yang tengah memerhatikan setiap gerak-geriku setiap detik dan waktu tanpa aku sedari. Wahh, someone's watching over me! Dan ada juga yang sedang merinduiku di saat ini. Ceyhh ceyhhh ceyhhhh... Bagaimanakah aku boleh mengeluarkan suatu fakta yang begini secara berani? Sebab.. aku sendiri pun ada minat seseorang tanpa dia sedari atau tahu. Wah3..gatal kau kan.

Bagi aku dan aku percaya orang lain pun percaya, it's normal to like someone. Suka. itu. biasa. normal. dan. tidak. salah. Yeah, itu dia aku sudah katakan. haha. Aku suka, yang tidak membawa kepada apa-apa hubungan selain daripada teman sahaja. Teman tetapi mesra (mesra la sangat kan). So aku percaya bahawa jika aku ada minat dekat seseorang pasti ada orang lain yang minat dekat aku. Ceyhh...aku pehal nak bangga-bangga diri ni..haha..maaf. Tiada niat buruk lagi jahat.

Kadang-kadang ada jenis secret admirer yang menakutkan, di mana dia mengekori, memerhati dan mengikuti setiap perkembangan anda di facebook, twitter, blogger, youtube (kalau u ada Utube la kan), hi5, friendster, myspace dan bermacam-macam tempat lagi yang anda telah daftarkan. Siap tahu your DOB, tempat tinggal dan no. henfon lagi. Ini jenis secret admirer ha, I tell you dia memang nak kan you la. Jangan lepaskan dia. Sila terima dia okay (pandai-pandai je nasihat orang, kalau kau kena kau nak terima?) Wahaha. Tetapi aku rasala kan, this type of secret admirer sangat romantikla (kalau dia ada niat baikla kan, bukan ada tujuan nak meng'harm'kan kita). I mean, dia macam meneliti kita dari jauh je dan sampai suatu saat insyaallah dia akan merisik (untuk lelaki) untuk dijadikan isteri. Wahhh, romantik-romantik.

Ada satu lagi jenis ma, ni orang ma, dia minat lu tau. Tetapi dia tak amik tahu pasal lu pun. Dia just minat lu je. Suka tengok muka lu. Stalk u. Baca-baca blog u. Macam tu je lah. (tiba-tiba macam minah rempit pula..). Dan biasanya inilah my type. Maksudku, inilah aku kalau aku sebagai seorang secret admirer. Yela kan, buat apa nak amik berat semua pasal dia siap tahu makanan kegemaran dan minuman kegemaran dia kalau dia dah ada buah hati, kekasih,pengarang jantung dia sendiri. Well, yeah. Aku memang tak romantik dalam bab-bab ni. Ngaku-ngankung. hee.

Mungkin banyak lagi kot jenis-jenis seorang secret admirer ni, mungkin ada yang pertengahan juga. Cuma aku tak mahu elaborate sahaja. Maaf.

Ta. ta. ta.

p/s : Bajet ada secret admirer, follower pun ada tiga je........................(kot-kot pembaca senyap banyak kot :D )

p/ss : Ye, akulah orang yang selalu bajet dan perasaan. Maaf andai kata sikap ku ini kurang menyenangkan...

Thursday, August 11, 2011

Naluri seorang ibu

Assalamualaikum.

 
Assalamualaikum. My name is Qaisara Irdina. I'm 2 years old and Qistina Batrisyia's younger sister. I'm a funny girl and many people like me! Nice to know all of you!

Assalamualaikum. Hye, everyone! My name is Qistina Batrisyia. I'm a shy person and they always said that I'm 'anak papa'. I coudln't agree more and I love that title! I love my sister and for this upcoming October I'll have a younger brother! Yeay, I'm excited bout it!

Qis and  Sara said, " And by the way, we love our Mak Su so much!"

Mak Su,"Owhh, soo sweettt! Come here I kiss both of you!"
Pictures of my beloved nieces and sweethearts! I love them so much!

Sejujurnya aku menulis sekarang tanpa tajuk. Aku tidak tahu apakah tajuk yang sesuai aku letakkan untuk entry kali ini. Kisah Ramadhan?Kisah Solat Terawikh? Rasa macam tidak kena  pula. So, aku mulakan menulis dahulu, mungkin nanti aku akan mendapat sumber inspirasi dari penulisan untuk buat tajuk entry pada kali ini.

Mahu aku ceritakan kisah ketika aku solat terawikh kelmarin. Ceritanya pendek, dan sekadar ingin berkongsi. As usual, kalau solat terawikh malam-malam pasti ada kanak-kanak yang datang, yang dibawa oleh ibu bapa mereka. Kadang-kadang ada juga yang tidak puas hati dengan sikap ibu bapa dengan membawa anak-anak mereka di masjid terutamanya dalan kalangan budak-budak muda.

Katanya, "Bisinglah! Tak boleh nak kusyuk solat." 

Well, itu cuma ayat aku sahaja. Lebih kuranglah ye. Bagi aku pula, aku tak kisah sebenarnya mereka datang (budak-budak kecil tu). Sebab biarlah mereka bermain atau menjerit pun di belakang, insyaallah bila sudah besar dan faham nanti mereka akan teringat saat-saat ibu bapa mereka bawa mereka ke masjid untuk solat terawikh. At least, mereka pernah berada dalam situasi solat terawikh tersebut dan mereka berasa gembira untuk datang menunaikan solat terawikh bila mereka besar kelak. (Bercakap melalui pengalaman) But this's just a personal opinion. Don't be mad, okay.

Hah, melalut sudah. Aku ni kadang-kadang bercerita tentang sesuatu perkara pun boleh jadi satu perenggan sudah. Kononlah kan sudah lama tak update blog sebab tak ada idea, sedangkan idea itu ada cuma malas nak dicurahkan sahaja. Berbalik kepada cerita. Okay, kejadian ini berlaku semasa solat terawikh. Adalah seorang budak lelaki ini, budak kecik dalam lingkungan dua tahun, sangat comel I kata kat u (perkara-perkara yang dirasakan comel membuatkan aku TERgedik seketika), pakai songkok dengan siap berbaju melayu. Dia dengan selambee berjalan di depan jemaah perempuan yang sedang solat and of course la dia berjalan depan aku kan. Kalau tak buat apa nak cerita. Eii, geram! Dahla kenit, jalan tergedek-gedek. Nasib bak time nak sujud dia pergi tempat lain, kalau tak dah sah-sah kena tangkap dengan aku. haha. Nak diceritakan disini (tak sampai lagi main cerita rupanya..haha ), masa dia lalu depan aku dengan kecomelannya, terus hati aku berbisik,

"Ei, comelnya, geramnya! Arghh..geram-geram. hmm... kalau ada anak yang secomel ini kan mesti best," lantas aku tersenyum. 

Dan dah sah-sahla solat ku tak kusyuk sudah! Ni semua sebab budak kecik tu. haha.

Well, yeahhh. Sejak kebelakangan umurku sudah mencecah dewasa (ceyh, tak sampai 20 lagi kot), tiba-tiba perasaan sayang kepada budak-budak itu semakin menjadi-jadi terutamanya dekat budak-budak kecik-kecik yang comel-comel. Sangat geram. Aku banyak dah perhatikan sikap ini sebelumnya pada rakan-rakan perempuanku yang lain (terutamanya Abby, aww!) tetapi aku baru dapat rasakan perasaan ini baru-baru ini. Bagi diri seperti aku yang dilahirkan sebagai anak bongsu ini, susah sebenarnya untuk aku merasa sayang dan geram pada budak-budak kecik sebab kejelesan yang melanda. Tetapi sekarang tidak lagi. Wuah, adakah ini bermakna aku sudah dewasa?!! Booo....tak ada orang nak percaya. haha.

Perasaan semacam ini aku yakin akan dirasai oleh setiap gadis-gadis yang meningkat dewasa. Perasaan dan naluri seorang ibu yang tidak dapat dielakkan oleh gadis-gadis. Indahnya dan kagumnya aku akan ciptaan Allah, yang datang tanpa kita sedari!

It's hard la for me to tell you how's the feeling. It's like when you see a baby, you feel like you want to cubit-cubit dia, nak sentuh dia dan cuba dukung dia (tapi tak berani takut jatuh wuuu T_T ). What I do when I first saw a baby was that I'll smile so brightly and then mulalah mencubit-cubit pipi baby tersebut. Aww, sangat comel! (kau apehal nak aww2 sangat kan..~.~ )

Okeyh, da dapat tajuk entry kali ini (terbalik code). haha. Sampai situ sahajalah kisah hari ini. Selanjutnya, sila layan gambar-gambar tersebut.

 "Alamak, die kate hye kat kitew la! cmneni cmneni...Asew nakcubit-cubit je. Boleh tak saya cubit awak? Bolehla..boleehlaa...eii!!geramm.."

 *faint...........................disebabkan terlalu omei..

"Hahhh, harap-harapnye nanti anak-anakku comel macam ini atau lebih comellagi..aminn Ya Rab!"

p/s : Kata-kata di atas bukan berasal dari penulis blog ini..................(ceyhh, tak nak mengaku kunun..haha)

Wassalam.

Monday, August 8, 2011

Kisah Ali bin Husain Memuliakan Ibunya




Dia ialah Abu al-Hasan Ali bin Husain bin Ali bin Abi Talib, atau disebut Zainal Abidin. Dia termasuk pemuka tabiin yang sangat berbakti kepada ibunya.

Suatu ketika dinyatakan kepadanya : "Sesungguhnya engkau adalah orang yang sangat berbakti kepada ibumu, tetapi mengapa kami tidak pernah melihat engkau makan bersama ibumu?"

Dia menjawab: "Aku khuatir tanganku lebih dahulu mengambil makanan yang sudah dilihatnya, sehingga aku menjadi derhaka kepadanya."

Sumber : Durus Ramdan, jil 1, hlm. 49

~Dipetik dari Majalah Solusi Isu No. 34

Diazab Kerana Berbuka Sebelum Waktu



Daripada Abu Umamah al-Bahili bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

"Ketika aku tidur, dua orang lelaki datang kepadaku, mengangkat kedua-dua belah tanganku dan membawa aku ke sebuah gunung berbatu. Mereka berkata, 'Dakilah.' Aku berkata : 'Aku tidak boleh melakukannya.' Mereka berkata : 'Kami akan memudahkan untuk kamu mendakinya.'

Maka, aku mendaki sehingga ke atas puncak gunung. Kemudian, aku terdengar suatu suara yang sangat kuat. Aku bertanya : 'Suara apakah itu?' Mereka menjawab : 'Itu adalah jeritan para penghuni neraka.'

Kemudian, aku dibawa pergi dan aku melihat orang yang digantung pada buku lalinya, mulutnya terkoyak dan mengalir darah. Aku bertanya, 'Siapakah mereka itu?' Mereka menjawab : 'Mereka ialah  oarang yang berbuka puasa sebelum masa yang sepatutnya.' (Riwayat al-Baihaqi)

Jika orang yang berbuka awal menerima hukuman yang keras sedemikian rupa, bagaimana pula jika seseorang itu tidak berpuasa? Anak kecil yang belum mencapai usia baligh masih boleh dimaafkan lagi, tetapi ketegasan perlu ditunjukkan buat mereka yang sudah berstatus mukalaf.



~Dipetik dalam sudut ANEKDOT, Majalah Solusi Isu No. 34

Kisah Teladan : Masih Bersedekah Dalam Keadaan Lapar Berpuasa

Jangan biarkan ibu bapa kita hidup begini di hari tua mereka kelak
 Sesungguhnya bersedekah itu dapat menyucikan diri kita

Ketika cucu-cucu Rasulullah SAW iaitu al-Hasan dan al-Husain sakit, Ali dan isterinya Fatimah bernazar akan berpuasa tiga hari apabila anak-anak mereka sembuh nanti. Setelah kedua-dua anak mereka sembuh, mereka melaksanakan puasa nazar tersebut.

Pada hari pertama berpuasa, mereka tiada apa-apa untuk dimakan. Ali pergi menemui Sham'un, seorang lelaki Yahudi untuk berhutang sedikit gandum. Ali pulang ke rumah membawa tiga sa' gandum. Fatimah menggunakan 1/3 daripada gandum tersebut untuk membuat roti. Fatimah menyediakan lima keping roti, cukup untuk seorang sekeping termasuk pembantu mereka.

Hari Pertama

Setelah selesai solat berjemaah bersama-sama Rasulullah, Ali pulang ke rumah. Ketika roti telah terhidang untuk santapan berbuka, seorang lelaki miskin datang ke rumah mereka.

"Assalamualaikum wahai ahli keluarga Muhammad. Aku salah seorang orang miskin daripada kalangan umat Muhammad. Demi Allah, aku lapar. Berilah aku makanan, moga Allah akan memberikan kamu makan daripada hidangan syurga."

Tidak sampai hati mendengar rayuan si miskin itu, mereka pun memberi makanan yang telah disediakan untuk juadah berbuka mereka itu. Diberikan semuanya kepada si miskin, kelima-lima keping roti itu. Akhirnya, mereka hanya minum air untuk berbuka, sekadar membasahkan tekak yang kering.

Hari Kedua

Fatimah menggunakan 1/3 lagi bahagian gandum tersebut untuk membuat roti, sekeping untuk seorang. Kejadian sama berulang kembali. Kali ini datang seorang anak yatim yang mengharapkan sedikit makanan daripada mereka.

"Assalamualaikum wahai ahli keluarga Muhammad. Aku seorang anak yatim Muhajirin, ayahku syahid pada hari al-Uqbah. Berilah aku makanan, moga Allah akan memberikan kamu makan daripada hidangan syurga," rayu si yatim tidak berbapa.

Lantas, mereka memberikan hidangan yang akan disantap untuk berbuka puasa kepana anak yatim tersebut. Pada hari kedua berpuasa, mereka berbuka dengan beberapa teguk air.

Hari Ketiga

Puasa nazar diteruuskan lagi pada hari ketiga. Fatimah menggunakan kesemua baki gandum untuk membuat roti. Sama seperti hari sebelumnya, seorang tawanan Musyrik pula telah datang ke rumah Ali dan Fatimah, saat hampir waktu berbuka.

"Assalamualaikum wahai ahli keluarga Muhammad. Aku seorang tawanan dan kamu menawan kami. Berilah aku makanan, sesungguhnya aku tawanan Muhammad."

Lalu mereka memberikan makanan mereka kepada tawanan itu.


Hari Keempat

Ali membawa al-Hasan dan al-Husain menemui Rasulullah SAW. Mereka kelihatan tidak bertenaga kerana sudah tiga hari tiga malam tidak makan apa-apa melainkan beberapa teguk air.


Apabila Rasulullah SAW melihat mereka, Baginda mendapati keadaan mereka agak teruk dengan perut yang kempis dan mata yang cengkung akibat terlalu lapar. Rasulullah SAW memohon pertolongan kepada Allah SWT dan turunlah Jibrail. Jibrail berkata, " Assalamualaikum wahai Muhammad dan ahli keluargamu. Sesungguhnya Tuhan-Mu menyampaikan salam buatmu dan tahniah buat ahli keluargamu." Lalu turunlah ayat 8-9 daripada surah al-Insan.


Menurut sebahagian ahli tafsir, kisah ini menjadi sebab turunnya ayat 8-9 dalam surah al-Insan yang bermaksud : " Mereka juga memberikan makanan yang disukainya kepada orang miskin, anak yatim dan orang tawanan. (Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati), ' Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata. Kami tidak berkehendakkan sebarang balasan daripada kamu atau ucapan terima kasih."


Subhanallah, sungguh mulia hati Sayidina Ali sekeluarga. Mereka sepakat memberikan makanan kepada orang lebih memerlukan walaupun mereka sendiri berpuasa dan tiada makanan. Jika hari ini kita mampu bersahur dan berbuka enak, ingatllah, masih ramai orang susah di luar sana. Masih ramai yang terpaksa menadah tangan meminta sesuap nasi.


Di sebalik kelam malam dan celah-celah lorong, masih ramai yang terpaksa berebut dengan anjing dan kucing menyelongkar tong sampah mencari makanan.

Semoga kita mampu menyumbangkan sedikit rezeki yang diperoleh hari ini untuk meringankan beban golongan yang memerlukan sama ada dalam bentuk sedekah sunat atau zakat. Paling tidak pun, elakkan pembaziran terutamanya hidangan berbuka.



~Dipetik dalam sudut ANEKDOT, Majalah Solusi Isu No. 34

Amalan Sunat Bulan Ramadhan

Assalamualaikum.

Uishh, ada nampak something yang berbeza? Ada? Ada? haha..yeahh, sudah menukar background, font dan header nampaknya tuan punya blog ini. Cuma description about me je tak tukar lagi. Malehh..hee..

Hari ini, hari ke-8 kita berpuasa Ramadhan pada bulan ini. Alhamdulillah, Allah masih bagi kesempatan untuk kita menunaikan salah satu Rukun Islam yang wajib bagi kita sebagai umat Islam untuk melaksanakannya. Cerita hari ini pelbagai. First of all, nak listkan antara amalan-amalan wajib dan sunat yang boleh kita lakukan dalam bulan Ramadhan ini untuk mendapatkan berkat bulan ini, Insyaallah. Saya mengambil maklumat ini dari Majalah Solusi keluaran terbaru Isu No. 34 mengenai 'Andainya Ini Ramadhan Terakhir Layakkah Kita Berhari Raya?'.




Antara amalan-amalan yang boleh dilakukan adalah :

> Bangun Awal Pagi
> Solat Sunat Tahajud
> Solat Sunat Taubat
> Solat Sunat Witir
> Bersahur
> Bersugi
> Solat Sunat Rawatib Sebelum Subuh
> Solat Subuh
> Membaca Al-Quran
> Berselawat untuk Nabi SAW
> Membaca al-Ma'thurat/ Berwirid sehingga matahari terbit
> Niat yang Baik Sebelum Bekerja/ Belajar
> Solat Sunat Dhuha
> Membaca Al-Quran
> Solat Sunat Rawatib Sebelum Zuhur
> Solat Zuhur
> Solat Sunat Rawathib Selepas Zuhur
> Solat Asar dan Membaca al-Ma'thurat
> Menyediakan dan Membeli Barang Keperluan Berbuka dan Bersahur Tanpa Membazir
> Memperbanyakkan doa
> Berbuka Puasa dengan Kurma ataupun Air Terlebih Dahulu
> Solat Maghrib
> Solat Sunat Selepas Maghrib
> Solat Isyak
> Solat Sunat Selepas Isyak
> Solat Tarawih Berjemaah
> Tadarus al-Quran
> Niat berpuasa Sebelum Tidur
> Tidur Awal Supaya Dapat Bangun Awal
> Berdoa Sebelum Tidur
> Banyak Berdoa Supaya Dipertemukan dengan Lailatul-Qadar
> Menghadiri Majlis Ilmu/ Membaca Buku Ilmiah
> Bersedekah
> Beristighfar

Sila lakukan check-list dari hari pertama hingga hari ke-30 Ramadhan.



Sekian.

p/s : Kakak ku mengusik aku hari itu dengan seorang pelajar pergigian Tahun 3 di Mesir. Aku tak tahu kenapa tetapi tiba-tiba sahaja aku menjadi malu-malu kucing dan tersengih-sengih. Nasib baiklah kakak aku tidak meneruskan usikan dia. Kalau tak, aku tak tahu dekat mana nak sorok dan senyuman aku. haha.

Friday, August 5, 2011

Aku ingin mencintai-Mu...



p/s : Insyaallah..aminn..

Thursday, August 4, 2011

Ciri-ciri lelaki idaman

Assalamualaikum.

For this time's entry, I just will tell you how's the characteristics that I want in a boy/man to be my husband one day in just one photo. Yeah, just one. I know you can deduce it after that.

 exactly like this..

someones that wears spec, have fair skin, alim & nice

huhu..siapalah aku untuk memperoleh lelaki seperti ini. Anyway, I really lovee to see Fitri's family. The man in the picture above named Fitri, a singer from UNIC. And yeahh, he's already married. :)


Bahagianyaa..sweetkan~~~

p/s : Semoga mereka berdua kekal bahagia dan gembira with each other selama-lamanya insyaallah hingga ke syurga~~~ aminn..