Sunday, August 14, 2011

Secret admirer...

Assalamualaikum

Seronok kalau ada secret admirer bagi hadiah macam ini. ^^


Tajuk entry kali ini, secret admirer. Kenapa? Well, I believe that each one of us have their own secret admirer. Whether he/she is our closest friends, cousins, relatives, friends or people that we never knew who's he/she at all. Yeah, it's possible. So, hendaknya lah korang berasa gembira mendengar berita ini. Tetapi yang pasti janganlah terlalu bangga dan gembira okay. Ini pun cuma anggapan aku sahaja dan tanpa ada sebarang siasatan atau kajian yang lanjut. keh3.

Kadang-kadang seronok juga perasan ada secret admirer kan (walaupun in reality tak ada orang pun nak minat.. *sila tergelak kecil ). Tetapi lah, aku yakin bahawa ada seseorang yang tengah memerhatikan setiap gerak-geriku setiap detik dan waktu tanpa aku sedari. Wahh, someone's watching over me! Dan ada juga yang sedang merinduiku di saat ini. Ceyhh ceyhhh ceyhhhh... Bagaimanakah aku boleh mengeluarkan suatu fakta yang begini secara berani? Sebab.. aku sendiri pun ada minat seseorang tanpa dia sedari atau tahu. Wah3..gatal kau kan.

Bagi aku dan aku percaya orang lain pun percaya, it's normal to like someone. Suka. itu. biasa. normal. dan. tidak. salah. Yeah, itu dia aku sudah katakan. haha. Aku suka, yang tidak membawa kepada apa-apa hubungan selain daripada teman sahaja. Teman tetapi mesra (mesra la sangat kan). So aku percaya bahawa jika aku ada minat dekat seseorang pasti ada orang lain yang minat dekat aku. Ceyhh...aku pehal nak bangga-bangga diri ni..haha..maaf. Tiada niat buruk lagi jahat.

Kadang-kadang ada jenis secret admirer yang menakutkan, di mana dia mengekori, memerhati dan mengikuti setiap perkembangan anda di facebook, twitter, blogger, youtube (kalau u ada Utube la kan), hi5, friendster, myspace dan bermacam-macam tempat lagi yang anda telah daftarkan. Siap tahu your DOB, tempat tinggal dan no. henfon lagi. Ini jenis secret admirer ha, I tell you dia memang nak kan you la. Jangan lepaskan dia. Sila terima dia okay (pandai-pandai je nasihat orang, kalau kau kena kau nak terima?) Wahaha. Tetapi aku rasala kan, this type of secret admirer sangat romantikla (kalau dia ada niat baikla kan, bukan ada tujuan nak meng'harm'kan kita). I mean, dia macam meneliti kita dari jauh je dan sampai suatu saat insyaallah dia akan merisik (untuk lelaki) untuk dijadikan isteri. Wahhh, romantik-romantik.

Ada satu lagi jenis ma, ni orang ma, dia minat lu tau. Tetapi dia tak amik tahu pasal lu pun. Dia just minat lu je. Suka tengok muka lu. Stalk u. Baca-baca blog u. Macam tu je lah. (tiba-tiba macam minah rempit pula..). Dan biasanya inilah my type. Maksudku, inilah aku kalau aku sebagai seorang secret admirer. Yela kan, buat apa nak amik berat semua pasal dia siap tahu makanan kegemaran dan minuman kegemaran dia kalau dia dah ada buah hati, kekasih,pengarang jantung dia sendiri. Well, yeah. Aku memang tak romantik dalam bab-bab ni. Ngaku-ngankung. hee.

Mungkin banyak lagi kot jenis-jenis seorang secret admirer ni, mungkin ada yang pertengahan juga. Cuma aku tak mahu elaborate sahaja. Maaf.

Ta. ta. ta.

p/s : Bajet ada secret admirer, follower pun ada tiga je........................(kot-kot pembaca senyap banyak kot :D )

p/ss : Ye, akulah orang yang selalu bajet dan perasaan. Maaf andai kata sikap ku ini kurang menyenangkan...

No comments: