Thursday, August 11, 2011

Naluri seorang ibu

Assalamualaikum.

 
Assalamualaikum. My name is Qaisara Irdina. I'm 2 years old and Qistina Batrisyia's younger sister. I'm a funny girl and many people like me! Nice to know all of you!

Assalamualaikum. Hye, everyone! My name is Qistina Batrisyia. I'm a shy person and they always said that I'm 'anak papa'. I coudln't agree more and I love that title! I love my sister and for this upcoming October I'll have a younger brother! Yeay, I'm excited bout it!

Qis and  Sara said, " And by the way, we love our Mak Su so much!"

Mak Su,"Owhh, soo sweettt! Come here I kiss both of you!"
Pictures of my beloved nieces and sweethearts! I love them so much!

Sejujurnya aku menulis sekarang tanpa tajuk. Aku tidak tahu apakah tajuk yang sesuai aku letakkan untuk entry kali ini. Kisah Ramadhan?Kisah Solat Terawikh? Rasa macam tidak kena  pula. So, aku mulakan menulis dahulu, mungkin nanti aku akan mendapat sumber inspirasi dari penulisan untuk buat tajuk entry pada kali ini.

Mahu aku ceritakan kisah ketika aku solat terawikh kelmarin. Ceritanya pendek, dan sekadar ingin berkongsi. As usual, kalau solat terawikh malam-malam pasti ada kanak-kanak yang datang, yang dibawa oleh ibu bapa mereka. Kadang-kadang ada juga yang tidak puas hati dengan sikap ibu bapa dengan membawa anak-anak mereka di masjid terutamanya dalan kalangan budak-budak muda.

Katanya, "Bisinglah! Tak boleh nak kusyuk solat." 

Well, itu cuma ayat aku sahaja. Lebih kuranglah ye. Bagi aku pula, aku tak kisah sebenarnya mereka datang (budak-budak kecil tu). Sebab biarlah mereka bermain atau menjerit pun di belakang, insyaallah bila sudah besar dan faham nanti mereka akan teringat saat-saat ibu bapa mereka bawa mereka ke masjid untuk solat terawikh. At least, mereka pernah berada dalam situasi solat terawikh tersebut dan mereka berasa gembira untuk datang menunaikan solat terawikh bila mereka besar kelak. (Bercakap melalui pengalaman) But this's just a personal opinion. Don't be mad, okay.

Hah, melalut sudah. Aku ni kadang-kadang bercerita tentang sesuatu perkara pun boleh jadi satu perenggan sudah. Kononlah kan sudah lama tak update blog sebab tak ada idea, sedangkan idea itu ada cuma malas nak dicurahkan sahaja. Berbalik kepada cerita. Okay, kejadian ini berlaku semasa solat terawikh. Adalah seorang budak lelaki ini, budak kecik dalam lingkungan dua tahun, sangat comel I kata kat u (perkara-perkara yang dirasakan comel membuatkan aku TERgedik seketika), pakai songkok dengan siap berbaju melayu. Dia dengan selambee berjalan di depan jemaah perempuan yang sedang solat and of course la dia berjalan depan aku kan. Kalau tak buat apa nak cerita. Eii, geram! Dahla kenit, jalan tergedek-gedek. Nasib bak time nak sujud dia pergi tempat lain, kalau tak dah sah-sah kena tangkap dengan aku. haha. Nak diceritakan disini (tak sampai lagi main cerita rupanya..haha ), masa dia lalu depan aku dengan kecomelannya, terus hati aku berbisik,

"Ei, comelnya, geramnya! Arghh..geram-geram. hmm... kalau ada anak yang secomel ini kan mesti best," lantas aku tersenyum. 

Dan dah sah-sahla solat ku tak kusyuk sudah! Ni semua sebab budak kecik tu. haha.

Well, yeahhh. Sejak kebelakangan umurku sudah mencecah dewasa (ceyh, tak sampai 20 lagi kot), tiba-tiba perasaan sayang kepada budak-budak itu semakin menjadi-jadi terutamanya dekat budak-budak kecik-kecik yang comel-comel. Sangat geram. Aku banyak dah perhatikan sikap ini sebelumnya pada rakan-rakan perempuanku yang lain (terutamanya Abby, aww!) tetapi aku baru dapat rasakan perasaan ini baru-baru ini. Bagi diri seperti aku yang dilahirkan sebagai anak bongsu ini, susah sebenarnya untuk aku merasa sayang dan geram pada budak-budak kecik sebab kejelesan yang melanda. Tetapi sekarang tidak lagi. Wuah, adakah ini bermakna aku sudah dewasa?!! Booo....tak ada orang nak percaya. haha.

Perasaan semacam ini aku yakin akan dirasai oleh setiap gadis-gadis yang meningkat dewasa. Perasaan dan naluri seorang ibu yang tidak dapat dielakkan oleh gadis-gadis. Indahnya dan kagumnya aku akan ciptaan Allah, yang datang tanpa kita sedari!

It's hard la for me to tell you how's the feeling. It's like when you see a baby, you feel like you want to cubit-cubit dia, nak sentuh dia dan cuba dukung dia (tapi tak berani takut jatuh wuuu T_T ). What I do when I first saw a baby was that I'll smile so brightly and then mulalah mencubit-cubit pipi baby tersebut. Aww, sangat comel! (kau apehal nak aww2 sangat kan..~.~ )

Okeyh, da dapat tajuk entry kali ini (terbalik code). haha. Sampai situ sahajalah kisah hari ini. Selanjutnya, sila layan gambar-gambar tersebut.

 "Alamak, die kate hye kat kitew la! cmneni cmneni...Asew nakcubit-cubit je. Boleh tak saya cubit awak? Bolehla..boleehlaa...eii!!geramm.."

 *faint...........................disebabkan terlalu omei..

"Hahhh, harap-harapnye nanti anak-anakku comel macam ini atau lebih comellagi..aminn Ya Rab!"

p/s : Kata-kata di atas bukan berasal dari penulis blog ini..................(ceyhh, tak nak mengaku kunun..haha)

Wassalam.

No comments: