Assalamualaikum.
Uishh, ada nampak something yang berbeza? Ada? Ada? haha..yeahh, sudah menukar background, font dan header nampaknya tuan punya blog ini. Cuma description about me je tak tukar lagi. Malehh..hee..
Hari ini, hari ke-8 kita berpuasa Ramadhan pada bulan ini. Alhamdulillah, Allah masih bagi kesempatan untuk kita menunaikan salah satu Rukun Islam yang wajib bagi kita sebagai umat Islam untuk melaksanakannya. Cerita hari ini pelbagai. First of all, nak listkan antara amalan-amalan wajib dan sunat yang boleh kita lakukan dalam bulan Ramadhan ini untuk mendapatkan berkat bulan ini, Insyaallah. Saya mengambil maklumat ini dari Majalah Solusi keluaran terbaru Isu No. 34 mengenai 'Andainya Ini Ramadhan Terakhir Layakkah Kita Berhari Raya?'.
Antara amalan-amalan yang boleh dilakukan adalah :
> Bangun Awal Pagi
> Solat Sunat Tahajud
> Solat Sunat Taubat
> Solat Sunat Witir
> Bersahur
> Bersugi
> Solat Sunat Rawatib Sebelum Subuh
> Solat Subuh
> Membaca Al-Quran
> Berselawat untuk Nabi SAW
> Membaca al-Ma'thurat/ Berwirid sehingga matahari terbit
> Niat yang Baik Sebelum Bekerja/ Belajar
> Solat Sunat Dhuha
> Membaca Al-Quran
> Solat Sunat Rawatib Sebelum Zuhur
> Solat Zuhur
> Solat Sunat Rawathib Selepas Zuhur
> Solat Asar dan Membaca al-Ma'thurat
> Menyediakan dan Membeli Barang Keperluan Berbuka dan Bersahur Tanpa Membazir
> Memperbanyakkan doa
> Berbuka Puasa dengan Kurma ataupun Air Terlebih Dahulu
> Solat Maghrib
> Solat Sunat Selepas Maghrib
> Solat Isyak
> Solat Sunat Selepas Isyak
> Solat Tarawih Berjemaah
> Tadarus al-Quran
> Niat berpuasa Sebelum Tidur
> Tidur Awal Supaya Dapat Bangun Awal
> Berdoa Sebelum Tidur
> Banyak Berdoa Supaya Dipertemukan dengan Lailatul-Qadar
> Menghadiri Majlis Ilmu/ Membaca Buku Ilmiah
> Bersedekah
> Beristighfar
Sekian.
p/s : Kakak ku mengusik aku hari itu dengan seorang pelajar pergigian Tahun 3 di Mesir. Aku tak tahu kenapa tetapi tiba-tiba sahaja aku menjadi malu-malu kucing dan tersengih-sengih. Nasib baiklah kakak aku tidak meneruskan usikan dia. Kalau tak, aku tak tahu dekat mana nak sorok dan senyuman aku. haha.
No comments:
Post a Comment